May 9, 2017

Hadiahkan Vivix Shaklee Sempena Sambutan Hari Ibu Sedunia

Hari ibu dah nak dekat ni. So apa plan? Ingat nak Hadiahkan Vivix Shaklee Sempena Sambutan Hari Ibu Sedunia ni kat mak kita lah. Tak salah pun kalau kita nak ambil hari tersebut sebagai appreciation day untuk mak kita.



Saya selalu buat macam tu. Hehe. Nak bagi hari-hari macam malu pula. Lagipun kadang bajet terkurang lepas dah asingkan semua. Jadinya, alternatif saya untuk tunjukkan yang saya appreciate adalah dengan mengambil tarikh-tarikh istimewa untuk bagi atau treat apa-apa. Contohnya tarikh hari lahir mak, Sambutan Hari Ibu Sedunia ni dan tarikh ulangtahun perkahwinan mak abah saya. Hehe. 

Abah pun saya buat appreciation day tapi abah punya style dia lebih suka saya tolong dia. Basuh kereta ke, tolong cucuk-tanam ke, tolong bagi makan ayam ternakan dia ke, buat apa yang dia minta tolong. Gitu. Jadinya tidaklah nampak sangat appreciate-nya di mata tapi jatuh ke hati gitu. Cia cia cia...hahaha

Seperti yang saya tulis di kisah yang lepas tentang hadiah percutian buat si ibu oleh 2 orang kenalan dan mentor saya tu, saya belum lagi berkemampuan untuk berikan hadiah yang sama buat masa sekarang. InshaAllah soon! Doakan saya ya. Jadinya apa yang boleh saya hadiahkan setakat ini adalah Vivix Shaklee.

Kenapa?

Mak saya seorang yang boleh dikira aktif bergerak. Hampir setiap pagi dia akan ke surau untuk mengikuti kelas mengaji, tafsir al-Quran dan belajar bahasa arab. Dia juga memegang jawatan bendahari untuk alumni sains UKM batch dia. Rajin juga melancong macam sekarang dia bersama abah sedang bercuti ke London, Paris & Armsterdam. Next week nak ke Jepun pula dengan adik saya.

Ni lah dia emak saya. Kat Armsterdam tu ha.
Cuba bayangkan bagaimanakah wanita berusia 59 tahun ini masih gagah lah juga nak ke sana ke mari? Biasalah, manusia tak sempurna. Memang dia akan penat dan kadang-kadang penat sampai 2 3 hari terbaring saja untuk recharge. Kaki dah penuh dengan vericose vein tu. Tu yang selalu sakit kaki. Tapi alhamdulillah, walaupun luaran macam penat sangat tapi kolestrol, tekanan darah semua ok. Masih terkawal.

Since saya hari-hari menghadap mak saya (sebab tumpang tinggal duduk rumah mak. Huhu), jadinya saban hari saya dapat melihat wajah keletihan mak saya tapi saya tak mampu nak buat apa. Dan sebab itulah saya nak sangat Hadiahkan Vivix Shaklee Sempena Sambutan Hari Ibu Sedunia ni untuk mak saya supaya dia dapat balik tenaga untuk teruskan kerja seharian dan aktiviti yang dia suka.

Nak nak pula Vivix Shaklee memang khas untuk awet muda treatment, secara tak langsung mak saya pun dapat cantikkan kulit muka dia sekaligus akan nampak lebih sihat dari sekarang gitu. InshaAllah. Dan kolestrol serta tekanan darah dia juga inshaAllah lebih terkawal bila dah ada supplemen terbaik dunia yang bantu. Ini semua hanya usaha saya untuk melihat mak saya lebih sihat.

So, jomlah kita Hadiahkan Vivix Shaklee Sempena Sambutan Hari Ibu Sedunia nanti. Hee. Psst...saya jual tau Vivix Shaklee tu. Klik saja gambar bawah ini untuk terus beli secara online. Atau, awak nak hadiahkan mak awak apa nanti?


1 comment:

farah said...

Salam..artikel yg bermanfaat..beberapa hari kebelakangan ni kecoh isu Vivix Scam..diharap kita SID terus move forward..jgn hiraukan segala kecaman tersebut..=)