July 11, 2017

Pengalaman Saya Ambil Set Bersalin Shaklee

Kali ni saya nak kongsi Pengalaman Saya Ambil Set Bersalin Shaklee. Assalammualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca blog ini. Baru kali ni lah nak kongsi tentang Set Shaklee yang pertama saya ambil bila saya mula terjebak dengan Shaklee ni. Hihi.



Masa tu saya dah pun 3 bulan melahirkan anak kedua saya, Ayesha pada Mac tahun 2013. Masa tu jugalah saya ambil keputusan untuk berhenti dari kerja di sebuah bank terkenal atas sebab-sebab tertentu.

Jadinya, saya cuba cari bisnes yang saya boleh buat secara online sementara nak support keperluan saya sendiri (yang lain suami tanggung. Hihi.) dan sambil-sambil jaga 2 orang anak saya yang masih kecil.

Sebelum apa-apa, saya senaraikan dulu masalah-masalah kesihatan yang saya alami semasa dan selepas melahirkan Ayesha. Sebab selain nak buat bisnes, saya nak cuba cari penyelesaian bagi masalah yang saya sedang alami.

  • Saya mempunyai kadar metabolisma yang tinggi dan bila saya melahirkan anak, ia menjadi sedikit tak terkawal yang membuatkan saya kehilangan berat badan yang sangat banyak sehingga hampir underweight.
  • Saya mempunyai masalah susu yang oversupply untuk ketiga-tiga anak saya. Ini juga menyumbang kepada ketidakseimbangan metabolisma saya.
  • Anak pertama dan kedua lahir sebagai anak pra-matang (masing-masing 34 dan 35 minggu).
  • Mereka menghidapi penyakit jaundis yang berpanjangan.

Lalu, saya buat keputusan untuk mengambil Set Bersalin Shaklee sebagai percubaan pada permulaannya. Ya lah, nak meniaga barang Shaklee, kenalah ada Pengalaman Saya Ambil Set Bersalin Shaklee ni. (Tapi sebelum tu dah pernah ambil Produk Shaklee dah - Ostematrix Shaklee masa mengandungkan Ayesha).

Cuba punya cuba, alhamdulillah saya berjaya dapat rasakan beberapa kesan akibat pengambilan Set Bersalin Shaklee ni. Okay, ini antara kesan yang saya dapat:

  • Saya rasa lebih bertenaga dari masa saya menjaga anak pertama.
  • Mak saya kata muka saya lebih segar berbanding sebelum ni asyik nampak pucat saja.
  • Dapat mengelakkan dari berat badan saya terus hilang.

Lepas tu saya continue dengan Set Menyusu Shaklee Untuk Bulan Puasa yang paling saya suka sangat. Sebab bulan puasa dan sedang menyusukan Ayesha, saya sambung dengan Set Menyusu Shaklee pula.

Inilah dia Pengalaman Saya Ambil Set Bersalin Shaklee yang ingin saya kongsikan buat semua. Untuk tahu lebih lanjut tentang Set Bersalin Shaklee, boleh rujuk : Kelebihan Set Bersalin Shaklee - Kenapa Terbaik?


Saksikan kompilasi aktiviti team kami dan pencapaian dalam Bisnes Online Shaklee


Cari Pengedar Shaklee area anda? >>> Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

Nak Beli Shaklee Online Terus Dari Shaklee HQ >>> Cara Beli Shaklee Online

Nak Daftar Jadi Ahli? >>> Borang Daftar Ahli Shaklee Online

No comments: